

Menawarkan pendidikan awal dari peringkat Pra-Sekolah ( 5 & 6 tahun ) dan juga Sekolah Rendah (Tahun 1 - 6 ). Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 2016 dan menerima murid pertamanya di peringkat Pra-Sekolah dan peringkat Sekolah Rendah bagi Tahun 1 & Tahun 2.
Sekolah Rendah Islam Sri AWFA ditubuhkan pada September 2015 hasil dari inisiatif untuk mewujudkan satu sistem pendidikan bersepadu yang menggabungkan subjek akademik, diniyyah, dan Bahasa Cina sebagai bahasa tambahan yang akhirnya mampu melahirkan insan yang mempunyai keyakinan yang tinggi dan mampu hidup bersama masyarakat berbilang kaum dengan memelihara perpaduan, hormat-menghormati, dan menunjukkan qudwah hasanah kepada masyarakat bukan Islam.
Selain itu, sekolah ini juga berazam untuk melahirkan golongan professional yang baik, berdaya saing dan maju dalam pelbagai sektor di Malaysia mahupun di luar negara. Disamping itu juga mereka ini mempunyai asas pegangan agama yang kuat supaya mampu memelihara diri dan keluarga serta berbakti kepada masyarakat.
Sekolah ini juga merupakan sekolah angkat kepada Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA). Jalinan kerjasama ini adalah sebagai jambatan kepada jaringan hubungan dengan masyarakat bukan Islam terutamanya kaum Cina yang merupakan sebahagian masyarakat majmuk di Malaysia.



